Saturday, July 4, 2009

Kenapakah Aku Masih Disini?

Sedangkan aku perlu menyiapkan kerja-kerja yang melambak.
Sangat-sangat jarang menghapdet sekarang. Kesian rumah aku yang satu ini. Lagipun, kalau aku hapdet, nanti macam-macamlah aku nak komplen.

Kerja sangat banyak. Waktu sangat sikit tapi waktu yang sikit adalah dihabiskan menjawab kuiz tidak membantu dekat Facebook. Okayy, sila tampar Rynakk sekarang.

Sebenarnya macam-macam jugaklah nak bercerita tapi adalah seperti malas. Kenapakah semangat mahu berblog sudah semakin padam? Mungkin sebab encik NuffNang tidak memberi duit.

Ehh, adalah seorang makhluk ini kata, muka aku nampak lebih sweet kiranya aku tidak bermakeup.
Adakah itu satu pujian atau kejian?
Mungkinkah mahu berkata natural beauty itu adalah sangat bagus? Atau beliau berniat mahu mengata pemakaian makeup aku adalah tebal?

Okayy, sangat obsess diri. Sila tampar Rynakk sekali lagi.

Sekarang harus mentatakan diri.
Selamat babai!

0 People Being Cursed: