Saturday, October 24, 2009

Zouk Bukan di Kampung Kelabing (II)

Disclaimer : Ini satu kisah mengarut yang membosankan. Sangat-sangat membosankan. Kalau tidak percaya, bacalah. Ya. Sebarang penanahan otak atau pendarahan mata yang berlaku, pihak pentulis tidak akan bertanggungjawab. Terima kasih.

"Kenapa, nak? Rumah Mak Bunga tak cantikkah?Maaflah, rumah kampung saje," ujar Mak Bunga dengan penuh kerendahan hati dan secara literalnya memang seorang yang rendah.
"Ehh! Taklah Mak Bunga, rumah Mak Bunga caaantiiiikkkk saaaannnggggaaaat. Macam tak percaya aje. Tapi, betul ke nie rumah? Takde rupe rumah pun, Mak Bunga," kata Zauyah yang masih dalam keraguan.

Zauyah terpegun dengan interior rumah Mak Bunga dan Pak Kuntum yang hampir sama dengan Zouk. Masakan tidak, dari luar hanyalah rumah kayu yang agak usang sahaja rupanya.

"Ehh, kalau takde rupa rumah, rupa apalah pulak nie, Kak Zaza?"soal Melor pula.

"Rumah kamu nie, sejibiklah macam Zouk. Cuma takde orang ramai dengan muzik aje,"jawab Zauyah bersungguh-sungguh.
"Zouk tue ape, Kak Zaza?"soal Melor lagi.
"Ape? KAMU TAK TAHU ZOUK TUE APE?!"Zauyah terpekik kerana terkejut. Melor hanya menggeleng kepala dan Mak Bunga menunjukkan riak ingin tahu.
"Zouk itu kelab. Tempat orang menari, lepak-lepak,"Zauyah terangkan secara ringkas.

Zauyah melihat-lihat isi rumah Mak Bunga dan Pak Kuntum dengan penuh minat. Kejakunannya jelas ternyata apabila dia menari-nari kecil tanpa mempedulikan tuan rumah. Zauyah berhenti menari sebaik sahaja Pak Kuntum masuk semula ke ruang tamu.

"Zaza, ini telefonnya. Cubalah telefon kawan kamu itu,"Pak Kuntum berkata sambil menghulurkan telefon cordless yang baru dibeli itu. Tanda harga pun masih melekat.

Zauyah terus mendail nombor telefon teman serumahnya, Nonamanis. Hairan. Kenapa tidak dijawab pula. Selalunya Nona akan menjawab panggilan dengan cepat kerana sering bermesejan dengan kekasih tuanya. Hatta ke tandas sekalipun Nona akan membawa telefon bimbitnya. Zauyah cuba mendail nombor Sameon pula. Pelik. Sameon juga tidak menjawab panggilannya. Dicuba juga berkali-kali.

"Pak Kuntum, Zaza tak dapatlah nak telefon kawan Zaza,"kata Zauyah dengan penuh kesedihan.
"Ehh, kenapa pulak? Pak Kuntum baru aje beli telefon tue tau,"kata Pak Kuntum dengan penuh bangga.
"Entahlah, diorang tak jawab pun."
"Kalau macam itu, takpelah. Nanti kamu cuba telefon lagi,"kata Mak Bunga mempujuk Zauyah.

Zauyah yang penuh kesedihan terus menongkat dagu di meja yang serupa bar itu. Penat sahaja aku berdandan sebegini. Sia-sia aku perlu membayar sewa baju nanti, getusnya di dalam hati.

"Zaza, janganlah termenung macam itu. Dah cantik menawan, takkan nak sedih macam tue. Hahh, ape kate Zaza ikut Mak Bunga dengan Melor? Nak tak?" umpan Mak Bunga.
"Nak pergi mana, Mak Bunga?"soal Zauyah.

Bersambung....

3 People Being Cursed:

dzul said...

zauyah ni ada masalah ke..

Rynn Cowbra said...

masalah zauyah : xleh kelabing dgn sameon :))

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

Pak Kuntum, Mak Bunga ngan Melor neh bunian versi zouk kah?

keh keh, spoiler btol laa...